RSS
Write some words about you and your blog here

Hebatnya Amirul Mukminin Umar Al Khattab

Di zaman pemerintahan Amirul Mukminin,Khulafa' Ar-Rasyidin ke-2, Umar Al-Khattab sememangnya terkenal dengan sikapnya yang tegas,tetapi ketegasannya bersandarkan Islam, sehinggakan sewaktu di zaman jahiliyyahnya digelar Singa Padang Pasir!

Beliau dilatih semenjak kecil lagi supaya menjadi pejuang kepada bangsa bani Adi. Dilatih dengan membela kambing di bukit bukau,seperti Nabi Muhammad S.A.W

'
Aku namakan anak ini Umar Al-Khattab. Aku pasti mendidiknya menjadi seorang pahlawan,dia pasti menebus maruah Bani Adi yang dikalahkan oleh Bani Syam dalam peperangan. Apabila besar kelak,Umar pasti akan memeotong lidah-lidah penjilat darah itu!' Begitu bersemangat bapanya,Al-Khattab bin Nufail al-Mahzumi menanam impian kepada anaknya itu.

Sewaktu pemerintahannya, pada ketika rombongan tentera Islam ingin menawan Mesir, masyarakat di sana menjalankan satu upacara jahiliyyah iaitu mengorbankan wanita yang paling cantik kepada dewa Sungai Nil. Upacara itu disedari oleh panglima tentera Islam, Amru al-As dan segera melaporkan kejadian itu kepada Umar Al-Khattab. Selepas itu Umar Al-Khattab memerintahkan barang sesiapa yang melakukan korban, dan mengingkari arahannya akan dihukum!

Namun begitu,tahun berikutnya, sewaktu upacara pengorbanan tidak lagi dilakukan. Maka dengan izin Allah,bumi Mesir pada ketika itu kering kontang, tanahnya gersang,dan sungai Nil kering!

Penduduk di kawasan Sungai Nil mulai berang dan menyalahkan tentera tersebut. Para petani semakin marah,dan ramai penduduk yang kebuluran. Amru al-As segera mengadukan hal ini kepada Amirul Mukminin. Maka Umar Al-Khattab mengutuskan surat kepada Sungai Nil

'
Daripada Hamba Allah,Khalifah umat Islam,Umar bin Al-Khattab. Surat ini ditujukan kepada Sungai Nil,di Mesir. Wahai Sungai Nil, sekiranya kamu mengalirkan sungai dengan kuasa kamu sendiri,maka jangalah melimpahkan air. Tetapi, Sekiranya kamu melimpahkan airmu dengan izin Allah SWT yang maha berkuasa, kami berdoa kepada-Nya supaya airmu melimpah sehingga lebih dari cukup!'

Orang ramai mula berkumpul di tebing Sungai Nil,dan Amru membacakan surat itu,kemudian melemparkannya ke dalam sungai. Dengan izin Allah,air Sungai Nil melimpah semula.Semenjak itu,Sungai Nil tidak pernah kering! Dan juga upacara korban tidak pernah dilakukan lagi pada tahun kemudiannya.

Kedua, saya begitu tersentuh dengan satu lagi kisah berikut.

Pada ketika tentera Islam berjihad menawan Parsi. Ketika itu, mereka tengah berperang bermati-matian. Ketika mereka berperang, ada suatu suara lantang menjerit,


'
Kembali belindung di kawasan berbukit'


Pada ketika itu,semua tentera Islam lari berlindung di kawasan bukit. Mereka tertanya-tanya siapakah gerangan suara tersebut?

Pada ketika itu, Umar Al-Khattab sedang membacakan khutbah di Masjid Nabi,di Madinah dan menjerit sebegitu.Para jemaah terkejut dan beliau menjawab kerana beliau ternampak tentera Islam hampir kalah. Dengan izin Allah suaranya didengari oleh tentera Islam yang berada di Parsi! (Iran)



0 comments:

Post a Comment