RSS
Write some words about you and your blog here

Betul ke saya di Bali ni?




Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama rasanya saya tidak mengupdate blog kerana
masalah koneksi internet di sini tidak begitu pantas. Sudah sebulan lebih saya di Bali belum sempat lagi mengtour Bali, baru sahaja sedikit tempat yang
saya kunjungi iaitu Pantai Balangan, Pantai Kuta, Kuta,(tempat hotspot bagi matsalleh kerana situ banyak sekali pub dan disko).


Alhamdulillah saya masih lagi dalam keadaan Islam di sini. Memang banyak sekali dugaan di sini, namun sahabat2 yang senantiasa mengingati saya,terima kasih diucapkan.

Kehidupan sebagai mahasiswa kedokteran di sini untuk
tahun pertama agak simple. Lecture bermula jam 9 hingga 10pam, kemudian jam 1.00-2.30pm SGD (small group discussion) dan Pleno bermula jam 3.00-4.00pm. Di sini ditekankan independent learning,info dari dosennya tidak banyak,tapi perlu berusaha mencarinya sendiri. Di sini saya terpaksa mempelajari bahasa Indonesia dan mungkin bahasa Bali untuk bergaul dengan pelajar tempatan,
Setakat ini mereka amat baik,tidak lokek berkongsi info,cuma saya je agak pemalas sedikit untuk aktif.(terbawa-bawa Malaysian Style)hehe.

Masih ada 5.5 tahun lagi untuk explore Bali ini. Sebenarnya Bali ini tidaklah besar,pusing ke mana pon saya pasti terserempak dgn senior.haha




























Bukan tak dapat,tapi tangguh dulu.

Bismillahirahmanirrahim

Kegagalan demi kegagalan yang di alami oleh setiap orang mungkin adalah perit, apabila orang lain bergembira dengan apa yang mereka dapati. Akan tetapi, setiap kegagalan akan membuka satu pintu baru,lembaran baru dalam coretan hidup. Semua jalan menuju ke destinasi yang sama,iaitu jalan yang sudah ditentukan Ilahi. Walau setinggi mana usaha,walau sebesar mana 'kabel' yang digunakan,walau sebanyak mana wang dihabiskan,harus diingati bahawa,ada kuasa Maha Agung di sana,iaitu Allah subhana wata'ala.

Di sini saya ingin menceritkan nasib saya,mungkin dugaan saya hadapi tidaklah seberat mana seperti di alami anda semua mungkin dan anda semua lebih lagi. Saya merupakan salah seorang pelajar di bawah tajaan JPA,dikehendaki mengambil A-Level di salah sebuah kolej swasta di Shah Alam untuk ke Melaka Manipal Medical Collegue di Karnataka India. Namun begitu, apabila tamat khusus A Level,saya tidak melepasi cut off point yang ditetapkan oleh pihak JPA,namun begitu,setelah naik turun ke Putrajaya,alhamdulillah, saya bersama-sama 15 orang rakan yang senasib mendapat peluang ke-2, iaitu dikehendaki menduduki ujian masuk ke Universitas Gadjah Mada,Jogjakarta,Indonesia. Oleh kerana hidup kami semua masih dalam keadaan perjudian,masing-masing masih lagi mengambil inisiatif sebagai 'back up plan',masing memohon universiti yang mungkin menerima saki baki A Level seperti kami,seperti UIA dan USM. Namun begitu semuanya gagal. Setelah itu,UIA membuka ruang lagi dalam bidang Pergigian,saya pun cuba juga memohon bersama 4 orang rakan,dipanggil ke temuduga ke UIA kampus Kuantan,tetapi 2 rakan saya berjaya,saya masih terkecuali,namun saya tetap tahu Allah Maha Mengetahui.

Kami juga turun beramai-ramai membuat 'U Tour' ke Universiti di Sekitar Kuala Lumpur yang mungkin menawarkan khusus perubatan kepada kami,namun begitu,dasar pendidikan negara ini yang tidak menerima khusus selain dari matrikulasi dan STPM untuk ke IPTA. Jikalau IPTS mungkin diterima,akan tetapi tidak semua IPTS yang menawarkan perubatan diikitiraf JPA. Antara Universiti yang sempat kami 'jelajahi' ialah UiTM Shah Alam, UM, UniKL (mempunyai Royal Medical Collegue di Perak, UPM serta CyberMed di Cyberjaya untuk bersemuka dengan dekan-dekan IPTA tersebut.Namun malang bagi kami,hanya CyberMed yang menerima kami. Beberapa hari kemudian,kami dipanggil untuk menghadiri temu duga di CyberMed namun begitu,pihak JPA enggan memberikan penajaan kepada kami kerana Kolej itu tidak diiktiraf.

Kemudian,pada 8 Mei 2010,kami berlima belas mengahadiri Ujian Masuk ke UGM,namun nama saya masih 'tersangkut' yang menyebabkan terkilan sedikit. Hmm,memang sedih juga apabila orang lain diberikan peluang kedua,terus dapat,tetapi saya masih lagi gagal. Pihak JPA telah mengemel saya dan mengatakan bahawa pelajar yang gagal ke UGM boleh lagi mencuba ke Universitas Udayana, Bali, alhamdulillah saya diberikan peluang ke-3.Bukan calang-calang orang dapat peluang ke-2,lagikan peluang ke-3. Memang saya diuji bertubi-tubi,sehinggakan kata-kata semngat,nasihat diberikan sahabat-sahabat terlalu banyak sehinggakan menjadi meluat.Yelah, gagal kali pertama sudah berlori-lori nasihat,apatah lagi setelah gagal banyak kali!

Saya dan mungkin seorang rakan saya akan mengambil ujian masuk ke Universiti Udayana pada 19 Jun ini. Maka,hancurlah harapan saya untuk menonton FIFA 10 Worldcup dengan aman,kerana terpaksa juga menelaah soalan-soalan ujian masuk Indonesia yang begitu pelik dan tidak tercapai akal!
Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir (surahYusuf 12:87)


Isi Khutbah Terakhir Rasullullah

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Pilihan & Istiqarah




Hidup ini penuh berliku. sememanya banyak diuji oleh Allah.
lebih2 lagi diuji untuk membuat pilihan
adakah betul hala tuju hidup kita.
bile ade 2 pilihan,kene pilih satu
tp bile ade satu pilihan,
awas,juga kene buat pilihan
antara nk amek pilihan itu or menolak pilihan itu.
Stil kene memohon petunjuk dari Allah S.W.T

Bile ade pilihan,memg org akan buat istiqarah.
bgun smyg mlm,qiamulail, sunat istiqarah dan tdo.
Xkisah la bacaan ape bacaan surah ape,doa2 ape pon yg diambil dari
doa nabi2, or ulama',tetapi kaifiyat nye lbih kurang jela mcm solat sunat lain.
bezanya niat.
yang penting buat.
kang dok pk2 bacaan itu ini last2 xbuat.
tdo!


bile ade 1 pilihan,contoh,
ape yg berlaku dalam hidup haku.
adakah benar hku pilih nk jadi doktor sbg karier hku.
jika benar Ya Allah,
permudahkanlah urusanku,
dan berkatilah kerjayaku.
Jika salah pilihanku Ya Allah,
aku memohon kepda ku,
berkatilah hidup hku.
moga2 sntiasa mendapat redha Allah

lagi contoh bile ade satu pilihan,
yg ni hku dgr dari corong radio klate.fm,
buat hku terfikir dpt idea utk blog ni.
bile nk kawin pon,stil kene buat istiqarah
Adakah benar wanita itu isteriku,
jika ya,berkatilah kami Ya Allah.


yela,nk buat pilihan memg susah.
pabila buat pilihan berdasarkan nafsu,ranaplah hidup kan?

Kata secantik lenggok Bahasa seindah bunyinya

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.





* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak
mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan
mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.





* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda
tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang
luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.






* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang
mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam





* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
bersabar

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan
sekaligus





* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup






* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh
dimusnahkan

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya

* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup






* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan
hari ini

* Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap
peluang

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.



* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.




* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan

* Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu




* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan






* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan




* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

from