RSS
Write some words about you and your blog here

Bukan tak dapat,tapi tangguh dulu.

Bismillahirahmanirrahim

Kegagalan demi kegagalan yang di alami oleh setiap orang mungkin adalah perit, apabila orang lain bergembira dengan apa yang mereka dapati. Akan tetapi, setiap kegagalan akan membuka satu pintu baru,lembaran baru dalam coretan hidup. Semua jalan menuju ke destinasi yang sama,iaitu jalan yang sudah ditentukan Ilahi. Walau setinggi mana usaha,walau sebesar mana 'kabel' yang digunakan,walau sebanyak mana wang dihabiskan,harus diingati bahawa,ada kuasa Maha Agung di sana,iaitu Allah subhana wata'ala.

Di sini saya ingin menceritkan nasib saya,mungkin dugaan saya hadapi tidaklah seberat mana seperti di alami anda semua mungkin dan anda semua lebih lagi. Saya merupakan salah seorang pelajar di bawah tajaan JPA,dikehendaki mengambil A-Level di salah sebuah kolej swasta di Shah Alam untuk ke Melaka Manipal Medical Collegue di Karnataka India. Namun begitu, apabila tamat khusus A Level,saya tidak melepasi cut off point yang ditetapkan oleh pihak JPA,namun begitu,setelah naik turun ke Putrajaya,alhamdulillah, saya bersama-sama 15 orang rakan yang senasib mendapat peluang ke-2, iaitu dikehendaki menduduki ujian masuk ke Universitas Gadjah Mada,Jogjakarta,Indonesia. Oleh kerana hidup kami semua masih dalam keadaan perjudian,masing-masing masih lagi mengambil inisiatif sebagai 'back up plan',masing memohon universiti yang mungkin menerima saki baki A Level seperti kami,seperti UIA dan USM. Namun begitu semuanya gagal. Setelah itu,UIA membuka ruang lagi dalam bidang Pergigian,saya pun cuba juga memohon bersama 4 orang rakan,dipanggil ke temuduga ke UIA kampus Kuantan,tetapi 2 rakan saya berjaya,saya masih terkecuali,namun saya tetap tahu Allah Maha Mengetahui.

Kami juga turun beramai-ramai membuat 'U Tour' ke Universiti di Sekitar Kuala Lumpur yang mungkin menawarkan khusus perubatan kepada kami,namun begitu,dasar pendidikan negara ini yang tidak menerima khusus selain dari matrikulasi dan STPM untuk ke IPTA. Jikalau IPTS mungkin diterima,akan tetapi tidak semua IPTS yang menawarkan perubatan diikitiraf JPA. Antara Universiti yang sempat kami 'jelajahi' ialah UiTM Shah Alam, UM, UniKL (mempunyai Royal Medical Collegue di Perak, UPM serta CyberMed di Cyberjaya untuk bersemuka dengan dekan-dekan IPTA tersebut.Namun malang bagi kami,hanya CyberMed yang menerima kami. Beberapa hari kemudian,kami dipanggil untuk menghadiri temu duga di CyberMed namun begitu,pihak JPA enggan memberikan penajaan kepada kami kerana Kolej itu tidak diiktiraf.

Kemudian,pada 8 Mei 2010,kami berlima belas mengahadiri Ujian Masuk ke UGM,namun nama saya masih 'tersangkut' yang menyebabkan terkilan sedikit. Hmm,memang sedih juga apabila orang lain diberikan peluang kedua,terus dapat,tetapi saya masih lagi gagal. Pihak JPA telah mengemel saya dan mengatakan bahawa pelajar yang gagal ke UGM boleh lagi mencuba ke Universitas Udayana, Bali, alhamdulillah saya diberikan peluang ke-3.Bukan calang-calang orang dapat peluang ke-2,lagikan peluang ke-3. Memang saya diuji bertubi-tubi,sehinggakan kata-kata semngat,nasihat diberikan sahabat-sahabat terlalu banyak sehinggakan menjadi meluat.Yelah, gagal kali pertama sudah berlori-lori nasihat,apatah lagi setelah gagal banyak kali!

Saya dan mungkin seorang rakan saya akan mengambil ujian masuk ke Universiti Udayana pada 19 Jun ini. Maka,hancurlah harapan saya untuk menonton FIFA 10 Worldcup dengan aman,kerana terpaksa juga menelaah soalan-soalan ujian masuk Indonesia yang begitu pelik dan tidak tercapai akal!
Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir (surahYusuf 12:87)