RSS
Write some words about you and your blog here

Teringatkan ma...

Teringatkan ma....

Jam 2.50pm...

SOAD-Chop Suey...tetiba saja ringtone itu berdering, waktu itu saya di Jalan Watu Renggong, kerana ingin menjilid buku Atlas Anatomy yang saya print malamnya.Saya lihat skrin henfon, “Chik is calling”. Kakak saya yang nombor 3 telefon rupanya.

Terus saya jawab panggilan itu..

‘Helo chik..bakpo?’

‘Yeng, sabar deh....’,kakak saya cuba menenangkan saya.

‘Bakpo?’

‘ma....ma tak dok doh.......’

‘haaa ma? Ma ko mok?’ saya cuba pastikan..Mok=mak,panggilan untuk nenek saya.

‘ma tak dok doh...kakak saya menangis teresak-esak.

‘Owh,ye ke...’ awalnya saya tenang,macam saya dah ready kalau menerima berita sebegitu.

‘Em,bakpo bleh meningga?’ Saya tanya chik.

‘Tadi,ma jatuh,lepas tu sesak nafas, pastu terus tak dok....’ chik menangis. Tak boleh tahan,memang sedih, ma pergi selamanya, betul-betul dari pangkuannya.

‘pastu guano chik?’ hku keno balik ke?’ Saya tak tahu apa perlu buat time tu..

‘Ho,balik lah...Ponteng kelas 2-3 hari..’

‘Nanti lah haku tengok kalau-kalau ada tiket flight..’

‘ok, balik la deh..’

‘ok chik,jap lagi hku g cari tiket, harap-harap ada la..’

Panggilan itu berakhir di situ. Terus saya ke kaunter kedai Fotokocopy untuk membayar buku saya.

‘berapa ya mbak?’

‘lima belas ribu.’

Saya kaget ketika. Dibuka dompet,tapi saya tidak boleh mengira berapa ribu yang ada, seolah-olah semua not matawang kelihatan sama,tangan saya terketar-ketar..

Dibayar wangnya, terus saya menunggang motor saya ke Gang Badik,dekat sahaja dengan kos saya,iaitu rumah senior saya untuk pinjam wang untuk stanby, takut-takut duit elaun saya tak cukup untuk beli tiket. Namun pintu pagar rumah berkunci, tiada orang di rumah.

Saya pulang,dibuka locker almari nasib baik ada wang, lebih kurang Rp. 700.000,00 atau dalam RM300.00. Semasa mahu keluar untuk membeli tiket, teman saya, Kumar kebetulan ada di situ.

‘Azren, tak pergi ke girl kost ke ada celebrate ponggal?

’sorry la weh, haku baru je dapat panggilan dari kakak, mak haku baru meninggal’

‘owh,pastu camna sekarang?’tanya Kumar

‘haku nak g beli tiket dulu,tengoklah kalau ada..’

‘camtu baguslah’

Kemudian saya pon menunggang motor ke Anta Tour, travelling ticket agent, 1km dari kost saya.

‘Permisi mbak, tiket untuk pulang ke Malaysia ada ngga?’

‘kapan?’ karyawati itu bertanya.

‘Secepat mungkin mbak, soalnya ada emergency.’

‘em bentar ya,saya lihatin dulu, kok biasanya harus bookin paling kurang dua atau tiga hari baru tiketnya ada. Lihat Garuda dulu ya, owh ada,tapi harganya USD450.’

‘Lihat Air Asia ada ngga?’

‘Ada, jam 1920 harganya Rp.999,000.00. Mau?’

‘ya, saya mau’

‘mau bagasi? Berapa kilo?’

‘Usah paket bagasi mbak, saya pulang emergency. Ibu saya meninggal, baru aja dapet kabar berita’

‘owh, sabar ya dik sabar’

‘ngga pa-pa mbak’

‘Em mbak bisa lihatin tiket dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu,punya ngga?’

‘Bentar nanti ku lihat.Ada sih tapi kayaknya ngga bisa, kerna paling telat flightnya jam 1020.’

‘owh gitu usah aja mbak, nanti tiba di sana saya pikir gi mana ya’

Berfikir sejenak, nasib baik ada sepupu saya di Kajang, dia agak rapat dengan ma saya, pasti dia pulang. Itulah satu-satunya peluang saya untuk balik ke Besut.

Setelah ditelefon sepupu saya, Razlan, memang dia pulang, Alhamdulillah, dia memang memahami saya.

Setelah confirm perjalanan saya sudah dibereskan, saya telefon abah.

‘assalamualaikum abah. Em kalau Yeng lambat, abah kebumikan jela ma, tak pe, Yeng tak kisah, Yeng dah 20 tahun kenal ma.’

‘waalaikumussalam, tak leh gitu Yeng, lagipon nak buat gapo terburu-buru, orang yang nak mandikan pon tak de, nak galikan kubur pon susah,lagipon tak dok orang sangat nak urus, kalau esok tu pon ok. Yeng balik la dan la tu’

T.T

Semasa pulang saya menangis teresak-esak, semacam bayu yang baru lahir. Tapi tak mengapa, helmet saya fullface jadi tercover lah!

Berita kematian ibu saya cepat tersebar, teman-teman saya yang Hindu sedang merayakan Ponggal, semua yang lelaki datang menenangkan saya.

Kemudian Umai, Farahan pon sampai ke kost saya, mereka turut menghantar saya ke Bandar Udara Ngurah Rai, letaknya kurang lebih 20km dengan kereta yang disewakan supirnya.

Flight saya delay 45 minit, bertolak jam 8pm lebih 10 minit. Sewaktu flight mahu berlepas, saya menangis lagi, nasib baik orang di tepi saya tidur mati,seat tengah pula kosong. Tiba di Lcct jam 11pm. 10 minit kemudian sepupu saya sampai di Lcct. Saya segera SMS kakak saya kami sudah mula bertolak dari Lcct, agaknya jam 8 tiba di rumah.

Sepanjang perjalanan, saya sakit kepala. Memang sebelum ini saya ada ‘tension headache’ pernah sampai tidak hadir kuliah.

Teringat saya jam 9.57am tadi baru saya telefon ma,tiba-tiba saje rasa nak kol. Biasanya saya kol malam,tapi hari tu terdetik nak kol ma, masa tu ma dok main ng cucu dia, hepi je dia. Macam tak sangka tiba-tiba ma pergi. Tak tahu la plak itulah panggilan terakhir antara saya dan ma.....

*kami,kaum lelaki tak lah kol rumah selalu, 3-4 hari sekali kol la kejap, tu pon beberapa minit je,tak de modal sangat nak cakap apa, balik2 tanya soalan sama, ma dah makan?abah sihat? Chik balik ke? Tu jela soalan rutin. Tak macam perempuan setiap hari kol,cakap pon lama,cerita semua perkara. Tapi, kitorang kaum lelaki kol sekejap tak bermakna tak sayang family, itulah style lelaki :D*

Ketika dalam perjalanan, kak long saya memang seorang yang perihatin. Setiap jam dia telefon bertanya di mana saya berada, mula-mulanya saya jawab,tapi setelah terlalu kerap telefon, saya malas la pulak nak jawab. =)

Alhamdulillah, jam 8am saya tiba, ketika itu abah di luar pagar, wajahnya tenang.

‘Yeng masuk lah. Ma kat dalam’

Terus saya masuk ke dalam, ketika itu jiran tetangga dan saudara mara ada, suasana suram, ketika itu jenazah ma baru dimandikan. Saya membantu kakak-kakak saya memandikan serta mengkafankan ma. Ma seperti tersenyum, badannya tidak sejuk seperti masih hidup. Kebiasannya jenazah yang saya lawat memang dah sejuk lepas dimandikan.

Jam 9 pagi ma disembahnyangkan oleh saudara mara dan jiran tetangga. Kemudian ma dibawa oleh van jenazah ke Pasir Puteh, kerana dia sudah memberitahu kalau dia tiada nanti mahu dikebumikan dekat dengan emaknya.

Saya teringat teringat lagi bila berbicara dengan ma, memang keluarga kami kalau cakap bab dah mati biasa.

Ma pernah macam marah kat abah, pesannya supaya simpan la duit cash banyak sikit kalau mati senang nak urus jenazah.

*sebab abah memang tak banyak cash, duitnya di bank, ma pulak suka simpan cash,memang selalu bersedia untuk apa-apa kejadian*

‘bakpo abah renovate bilik tido abah ni ado saluran untuk air keluar?’ haku tanya abah

‘nanti kalu sapa-sapa mati dulu,senang,mandi kan kat sini lah’

*tapi masa ma ritu,dimandikan dekat dapur sebab abah tak nak pindahkan mayat banyak tempat untuk disembahnyangkan*

Satu lagi,

Antara saya dan ma.

‘Ma, kalau abah ke ma mati kito bahagi harta ikut faraid la deh. Mano buleh bahagi sama rata, kita kene ikut agama la kalau bab bahagi harta.’

‘Ish, tak leh gitum bahagi sama adil la senang’

Saya saja-saja je, mcam bermanja-manja lah tu. Saya kan anak bongsu,satu-satunya laki plak.Em memang kami dah biasa cakap hal mati, yela semua akan mati Cuma tak tahu siapa yang dulu,siapa yang kemudian.

Pesan saya, sayangilah ma dan abah kita. Memang sekarang kita tak rasa apa2, tapi bila dah tiada baru kita akan rasa kehilangan besar

Bersumber dari Abu Hurairah Radhyallahu ‘anhu,diriwatkan bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, “Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal : yakni sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak saleh yang selalu mendoakannya” HR. Muslim

Inilah kali terakhir saya bertemu ma,kira2 5bulan yang lalu(18/8/2010 sblum sy berangkat ke Bali